top of page
Closing a Box

PEMINDAHAN & PEMBUNGKUSAN

Tak perlu bersusah-payah dan berpenat-lelah membungkus dan memastikan barangan anda sedia untuk dipindahkan. Serahkan tanggungjawab ini kepada pasukan pakar kami.

 

Kami akan memastikan barangan anda sedia untuk melalui proses pemindahan.

​

 

Antara perkhidmatan pembungkusan dan pemindahan yang kami tawarkan ialah:

​

Pemindahan dan pembungkusan dalam hari yang sama

Pasukan kami akan tiba di premis anda pada hari relokasi. Kami boleh menyediakan bahan-bahan pembungkus dan memulakan pembungkusan barangan melalui kategori tertentu. Barangan anda kemudian akan dimuatkan ke dalam lori dan diangkut ke lokasi baru dalam hari yang sama.

​

Pembungkusan sebelum hari pemindahan

Untuk pemindahan yang lebih jauh, pembungkusan boleh dibuat sebelum hari relokasi. Barangan akan dibungkus kemas di dalam kotak untuk dipindahkan pada hari berikutnya. Kami juga menyediakan kemudahan penyimpanan barang sementara jika perlu.

​

Pembungkusan sebahagian

Kami juga sedia membantu jika anda hanya memerlukan perkhidmatan kami untuk membungkus barangan rumit sahaja.

 

Perkhidmatan di lokasi baru

Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk membantu anda menyusun barangan anda di lokasi baru. Kami akan membuka bungkusan, dan memastikan barangan anda diletakkan di lokasi yang betul. 

 

Kebanyakan orang lazimnya memandang rendah kepentingan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk kerja pembungkusan untuk pemindahan. Ingat bahawa pembungkusan berkualiti rendah boleh menimbulkan masalah dan halangan dalam proses pengangkutan. 

bottom of page